Loading...
Loading...
Loading...
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang, Sabtu & Ahad Tutup

ppdbintulu@moe.gov.my

BM | EN
Pendidikan Prasekolah

Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM

Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara:
  1. Secara dalam talian (online)
    • Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
    • Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang eprasekolah.moe.gov.my.
    • Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
    • Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
    • Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
  2. Manual
    • Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
    • Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
    • Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
    • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Alamat Kami

KM5 Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak

ppdbintulu@moe.gov.my

PPD Bintulu: 086 331 627 |
086-317244 | 086-314352

Sektor Pembelajaran: 086-334272

Sektor Pentaksiran Dan
Peperiksaan: 086-330541

Ikuti Kami

© 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD). Hak Cipta Terpelihara.