PIAGAM PELANGGAN
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu
PIAGAM PELANGGAN
Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan seperti berikut:
- Semua kanak-kanak warganegara mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
- Semua program hal ehwal murid diurus berdasarkan prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan pembentukan keperibadian murid diutamakan.
- Semua murid diberi peluang yang sama untuk mendapat bimbingan dan menyertai pelbagai aktiviti mengikut minat, keperluan dan kecenderungan / bakat masing-masing.
- Peluang pendidikan yang sama untuk orang kurang upaya.
- Semua sekolah diurus dan dipimpin dengan cekap dan betul.
- Semua kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan di sekolah.
- Semua guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Semua guru ditempatkan ke sekolah tidak lewat dari 21 hari bekerja setelah menerima senarai guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
- Semua borang permohonan pertukaran guru dibuat secara dalam talian sebanyak diurus empat (4) kali setahun.
- Semua hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan kakitangan diurus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan makluman.
- Semua jenis permohonan diberi akuan terima dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Semua tuntutan kewangan yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan.
- Semua pentaksiran dan peperiksaan diurus dan dikendalikan dengan cekap dan tepat.
- Memastikan proses pendaftaran calon peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum bagi memantapkan dan memperkasakan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan.
- Semua kakitangan mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling jika diperlukan.
- Semua aduan pelanggan diberi surat akuan terima dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Semua maklum balas pelanggan diambil tindakan.
- Semua pelanggan diberi layanan yang mesra, tepat dan terperinci.
- Melaksanakan latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun kepada semua pegawai dan anggota kumpulan pelaksana.
- Melaksanakan latihan sekurang-kurangnya empat puluh dua (42) jam Mata Kredit setahun kepada semua pegawai / guru.