Loading...
Loading...
Loading...
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang, Sabtu & Ahad Tutup

ppdbintulu@moe.gov.my

BM | EN
Pendidikan Khas

Rancangan Pendidikan Individu

Akta Pendidikan bagi Individu Kurang Upaya atau IDEA (Individuals With Disabilities Education Act) merupakan peraturan persekutuan, yang turut merangkumi penyediaan proses formal bagi menjalankan penialaian terhadap murid kurang upaya serta menyediakan program dan perkhidmatan khusus untuk membantu mereka berjaya dalam pendidikan di sekolah (Siegel 2009).

Di bawah IDEA, program dan perkhidmatan yang diperlukan oleh kanak-kanak kurang upaya akan ditentukan menerusi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI merupakan dokumen bertulis yang menjelaskan tentang perkhidmatan yang akan disediakan untuk kanak-kanak, dan ini merupakan bahagian yang sangat penting dalam pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya (Siegel 2009).

  • Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
  • RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
  • RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :

    1. Tahap prestasi seseorang murid
    2. Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik
    3. Matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh murid
    4. Maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti
    5. Objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
    6. Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang disediakan untuk murid
    7. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi alam sekitar

  • Kesimpulannya RPI adalah rancangan program penilaian berterusan untuk seseorang murid, dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

  • Sila klik di sini untuk ke Sistem Rancangan Pendidikan Individu (e-RPI)

Alamat Kami

KM5 Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak

ppdbintulu@moe.gov.my

PPD Bintulu: 086 331 627 |
086-317244 | 086-314352

Sektor Pembelajaran: 086-334272

Sektor Pentaksiran Dan
Peperiksaan: 086-330541

Ikuti Kami

© 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD). Hak Cipta Terpelihara.